Khamis, 26 Januari 2012

WARNA BAJU

Sebenarnya..walaupun tarikh kami nak kahwin masih lagi misteri sebab atas-atas sebab dari pihak Incik Bachok yang aku rasa mungkin buat kami punya pernikahan di postpone ke awal tahun depan,tapi tema warna untuk majlis aku nanti dah jadi isu yang memang hangat la kat dalam family aku,terutama belah mak aku la.Kalah artis aih..semua orang dok soal aku tema kaler apa..

Aku sebenarnya pening jugak la..aku sendiri taktau nak buat kaler apa nanti..Memang pening jugak la pala otak aku ni..Kalau nak diikutkan aku semua kaler aku boleh dibuat tema kecuali kaler putih la sebab putih dengan aku tak in langsung,memang tak kena..tak sesuai dengan aku.. Tapi ramai yang kata,aku sesuai dengan mana-mana kaler(kecuali putih la..).
So,bila dah ramai yang kata macam tu..aku dah mula blur.Yang lawak sekali..Tema untuk belah Incik Bachok dah dapat..Dia bagi kat aku dua kaler yang dia berkenan..Biru putih dan jugak hijau putih..

Bila dia sebut ja hijau putih..aku dah teringat bendera PAS...hahahahaha..Ni nak wat kenduri kawin ka kenduri parti politik ni..Tapi hijau kan ada macam-macam kaler lagi..mak ada bagitau aku satu hijau tu yang ia kata cantik..Tapi apa pun,aku memang tak berkenan dengan hijau putih..Jadi Incik Bachok cakap dia nak kaler biru putih..Biru apa tu taktau lagi tapi nanti boleh surver..biru gelap ka..biru terang ka..biru muda ka..Boleh cari..


Tapi belah punya kenduri ni buat aku pening..Waaa!!
Takat ni,Asyraf dengan kak Ain dah bagi cadangan..Depa kata warna Merah ok jugak..Asyraf kata merah hitam..Kak ain plak cakap merah saja..so,sekarang ni dua orang dah cadangkan kaler merah..Jadi sekrang ni warna merah dalam senarai warna yang aku akan pilih..Jadi aku try survey plak kaler lain kot-kot lagi nampak cantik ka..weee!!!

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

mira,apsal akak komen xde pun...huhuhu