Isnin, 2 April 2012

BARANG HANTARAN : BELT DAN WALLET

Sebelum aku ada berbincang dengan Incik Bachok,kalau nak beli barang hantaran..sekurang-kurangnya sebulan sekali bila time gaji ja kami akan beli satu atau dua barang..Yela..nak beli masa time gaji la..kalau nak beli time bukan gaji..tu kira luaq biasa la noh..hahahhaha..Sebab bagi aku la..bila setiap bulan kami beli barang hantaran..tak la rasa duit tu banyak dikeluaqkan sangat kalau beli sekali gus..
Lagi pun lagi elok la tiap-tiap bulan beli barang hantaran..nampak juga barang yang dibeli dari kami berdua dari dok pikiaq duit gaji kami dok berhabis kat mana taktau..cepat kurang padahal bendanya tak nampak pun kan....paham dak maksud aku..???tak paham sudah..hahahhaha..

Untuk bulan ni..Ni la first time kami pi beli barang hantaran.Tapi Incik Bachok ja beli barang dia..sebab aku punya duit gaji dah berhabis kat Dinner yang TM buat..hahahhahahah..So,semalam..Incik Bachok just beli barang dia saja..Sebenarnya ada beberapa jenama lelaki yang aku suka kalau Incik Bachok guna atau pakai jenama tu kat badan dia..Ada beberapa la jenama macam POLO, PDI/PADINI, LARRIE, JOHN MASTER, CAMEL,CROCODILE dan ada lagi la hat lain..tapi mana aku nak ingatkan semua..aku taruk yang mana aku ingat la..yang mana jenama ni aku suka la kalau incik Bachok pakai kan..

So,bila kami nak beli Belt dan Wallet ofcoz la aku nak beli jenama seperti yang diatas (tapi duit Incik Bachok la..hahahahha) Dan kebetulan pulak kat Jusco Perda ada sale..so aku pun naik gila jugak la bila jenama-jenama diatas ni pun sale jugak..hahahahahaha..So,aku pun jadi rambang mata bila tengok..tapi rambang-rambang mata pun kami dok kira bajet jugak la..Bersesuaian dengan kami yang bukan la kaya mana,sederhana ja gaji kami.Jadi jenama mana harga dia agak berpatutan tu..memang kami nak rembat la..Dan aku rasa yang jenis gift set tu memang sesuai la untuk hantaran..Dalam kotak gift tu dah ada lengkap belt dengan Wallet..Tak payah la susah-susah nak cari belt,pastu nak cari wallet plak..beli sekali gus sedang kan...

Cari punya cari..belek punya belek..last-last kami pilih jenama LARRIE.Tak la mahal sangat kalau nak dibandingkan dengan POLO dan JOHN MASTER yang harga dia hampir RM200 tu..Fuhhh!! gila seh..bagi orang lain taktau la..tapi bagi kami tu agak mahal la..agak-agak la barang hantaran nak beli mahal-mahal..nanti dah kawin lagi banyak duit nak guna..Ingat..ingat!!

Dia punya kotak gift tu agak menarik la sebab dia buat macam bentuk almari hat ada 3 laci tu..yang laci bawah sekali dia taruk belt..laci kedua ada wallet..dan laci atas sekali ada wallet gak..tapi kecik sikit la dari wallet yang satu lagi..aku pun tak paham apa kegunaan wallet tu..nak kata untuk buh duit syiling tak jugak sebab dia punya bentuk macam wallet biasa,cuma saiz dia kecik sikit..Incik Bachok cakap Wallet ni sesuai kalau bawa pi bersukan..Aku pun taktau apa kena mengena Wallet macam tu dengan bermain sukan..macam takdak function ja pun..tapi buat apala aku nak pikiaq lebih function dia kan..rembat jela..hahahha..Dengan harga sebanyak tu..aku rasa kami dah jimat hampir RM50 jugak la sebab aku dok pikiaq bajet untuk wallet dan Belt ni mau dekat-dekat RM150 jugak la....hohoho..

So,satu barang hantaran untuk Incik Bachok dah setel..Lega la sikit hati ni sekurang-kurangnya kan..hahahahha..So bulan depan kami rasa macam nak beli sama ada minyak wangi or jam tangan pulak...huhuhuhuhu.....Dah tick ni kat buku nota barang mana yang dah beli..hahahahahahhaha!!

Jumaat, 3 Februari 2012

FOTOGRAFI

Incik Bachok selalu cakap kat aku..Tarikh kita nak kenduri kahwin lambat lagi.Tapi dia hiran kat aku sebab aku dah mula nak tempah itu tempah ni sebgai persiapan kenduri nanti..Dia taktau yang zaman la ni apa-apa pun semua benda kena tempah awai-awai..kalau tak memang lingkup la majlis tu nanti..Tambah-tambah bila kita ada dah tempah untuk kita tempah baju..tempat untuk fotografi..tempah untuk mekap..Bayangkan la kalau tempat yang kita nak tempah tu tiba-tiba dah full booking..apa kita rasa?kecewa dak?mesti la kecewa kan..dah la tempat-tempat dan orang-orang yang terbabit ni kita dah biasa dan kenal sangat-sangat..Memang nak dia punya khidmat..bila dah full booking..memang agak susah jugak la nak deal dekat tempat lain..tambah-tambah dari segi harga dan perkhidmatan kan..huuu! So sebab tu kita kena booking awal-awal..Bukan kata aku ja..ramai orang memang buat macam tu la...


Sekarang ni,aku dah tempah jurugambaq untuk majlis aku nanti...Jurugambaq tu plak bukan orang lain..Rakan sekerja aku,Abang Zack..ahhaahahahha..Memang la boleh kuatim kan..ni aku nak kuatim lagi dengan dia lagi esok sebab esok aku nak pi kat butik bini dia..saja nak survey harga baju..boleh kuatim lagi nih..hihihihi...So,aku dah tempah..Harga yaang dia nak bagi kat aku RM1200..Tapi tadi aku ada jugak dok ejas-ejas dia..so,esok boleh la aku aku dapat harga yang runtuh lagi kot..hahahhahahahhahha...

Kat bawah ni gambaq yang dia dan Team dia amik la..Abang Zack..Ceq curi sat noh gambaq kat blog Abang Zack..hahhaha..Layan....








Yan Ni kawan abah aku..yang laki tu la..Dia kahwin lewat..(Dan lagi bagitau tu..hahhahah)

























































Yang paling best sekali..Dia ada taruk nama aku dalam aktiviti tahunan dia..kat blog dia..kat bawah sekali nama aku tu..Heeee!!






Sapa tak nampak dia memang ponen..hahahhahahahhahha


Jumaat, 27 Januari 2012

BAJU KAHWIN

Sebenarnya..setakat ni la..dalam dok pikir persiapan perkahwinan..Benda yang paling buat aku teruja sekali ialah nak pilih baju untuk kendri..hahahahhaahha..Aku pun taktau pasaipa tapi sejurus lepaih jadi tunang Ameer,aku terus teruja nak pilih baju kawin..

Sebenarnya aku dalam bab berpakaian ni aku taklah mmilih sangat,tengok cara aku berpakaian la ni pun boleh tau aku jenis hentam keromo kan..Tapi bila bab kahwin ni..Bab pemilihan baju ni aku jadi agak memilih dan agak serius sikit..Yala kan..Majlis ni seumur hidup sekali,mesti la nak perfect gila bajunya walaupun diri sediri bukan perfect mana pun..kikikiki..

Baju kahwin impian aku sebenarnya aku suka gabungan tradisional dan moden,Maksudnya disini..aku suka pada gabungan kebaya dengan gaun...Tapi bukan gabungan kebaya pendek la,Aku dengan kebaya pendek memang tak in langsung sebab badan aku dah la berisi,pakai baju pendek-pendek..dengan punggung yang besaq..nampak tak ketidak sesuaiannya di situ..hahahha...macam buah nagka pakai baju plak..weee!! Aku suka gabungan kebaya labuh digabungkan dengan gaun..Nampak macam jubah tak jubah..Ahhh..susah la nak explain..huuuu! Sebab tu la aku nak baju aku direka sendiri oleh aku dan aku orang first yang pakai baju tu nanti..hahahah..Tu pun kalau boleh la sebab bajet dia agak tinggi la kalau stail tu kan...huhuhu..

Bila nak pilih fesyen baju..ofcoz la nak kena pilih kaler kan..Dan takat ni aku memang nekad nak pilih kaler merah..Warna merah ni sebenarnya yang aku tengok mana-mana majlis yang penah aku pi..Jarang orang nak pilih kaler merah,tapi bagi aku yang pilih kaler merah ni kira berani la sebab baju kaler merah ni kalau silap gaya memang tak lawa..Kebnayakkan aku tengok orang suka pilih kaler-kaler yang selamat macam kaler biru,ungu,maroon,hijau...dan jugak gold..Tapi aku rasa aku ni jenis berani jugak la sebab pilih kaler merah..


Kaler merah ni kalau diikutkan bukan semua kaler boleh in dengan dia..Warna-warna tertentu ja yang boleh in..Tu bagi pandangan mata aku la..Taktau la kot-kot la ada kaler lain yang in dengan dia..Tapi aku ada pilih beberapa contoh la yang mana warna tu in dengan warna merah,dan aku akan pilih salah satu dari warna tu untuk dijadikan warna baju kahwin aku nanti..weee!!!




1.MERAH KESELURUHAN




Gambar di atas ni aku pau dari blog minah mana tah..Sori..Sebenranya dari pandangan mata aku,bukan semua fesyen baju kahwin yang kena bila dimerahkan keseluruhan baju tu(apa ayat aku ni) sebab aku nampak macam manik-manik apa semua tu(aku taktau la labuci ka manik ka..aku memang taktau,tapi aku panggil manik la senang) nampak macam tenggelam plak benda tu semua bila semuanya merah.Tapi bila aku belek betul-betul nampak lawa plak..Tapi waaupun lawa,nampak tak best plak kalau satu kaler plak..kena ada bagungan kaler lain baru best kan..Ceria gitu..hahahhaahha...



2.MERAH GOLD



Merah Gold adalah warna pilihan utama aku takat ni..Dan design baju kat atas ni pun memenuhi citarasa aku..Aku betoi-betoi suka bila tengok merah dijadikan warna utama kat baju ni dan warna gold tu plak dijadikan warna sampingan.Ni wat aku bersemangat nak design baju aku sendiri ni..hahahhahahahahhaha...Tu pun kalau bajet cukup la...hahhaahha..




3.MERAH HITAM


Sebenarnya tak semua orang boleh terima warna hitam digunakan sebagai warna untuk baju Kahwin.ada yang cakap warna ni bagi kita nampak gelap,ada yang kata warna hitam macam warna nak berkabung.Bagi orang tua plak,warna ni macam tak elok la..ada unsur-unsur tidak bai.Tapi bagi itu..Tu cuma warna..bukan satu benda yang boleh tentu baik tak baik satu majlis.Gabungan warna ni nampak serlah jugak asalkan warna merah dijadikan warna utama..haaaaaa!





4.MERAH PUTIH







Warna merah putih ni paling banyak dan paling ramai orang guna pakai dalam perkahwinan depa sebab ni la gabungan paling selamat sekali sebab buat la fesyen macam mana pun..still nampak cantik dan nice..Tapi oleh sebab adanya putih tu..Aku jadi tak berkenan plak sebab warna putih ni dengki sikit kat aku..bila aku pakai kaler putih ja..mesti badan aku nampak lagi besaq dari bentuk badan sebenar..Benci-benci..!! hahahahhahh..Walaupun putih tu sikit ja pun..tapi aku takmau..Tak rela nyahh!! kang nampak macam anak gajah pakai baju kahwin plak..huhuhu!!




5.MERAH HITAM GOLD





Ni adalah gabungan tiga kaler pilihan..Walaupun abah cakap gabungan warna ni huduh,tapi aku rasa cntik jugak la...Mungkin sebab design baju dia memenuhi citarasa aku..huhuhu!! Apa-apa pun kalau aku tengok warna ni macamsesuai ja..Aku gabungkan tiga warna ni la...hahahahha..Aku kan suka yang pelik-pelik..hahhaha..




Takat ni abah aku paling berkenan dengan warna merah gold..So,merah gold la pilihan aku...hehehe...

Khamis, 26 Januari 2012

WARNA BAJU

Sebenarnya..walaupun tarikh kami nak kahwin masih lagi misteri sebab atas-atas sebab dari pihak Incik Bachok yang aku rasa mungkin buat kami punya pernikahan di postpone ke awal tahun depan,tapi tema warna untuk majlis aku nanti dah jadi isu yang memang hangat la kat dalam family aku,terutama belah mak aku la.Kalah artis aih..semua orang dok soal aku tema kaler apa..

Aku sebenarnya pening jugak la..aku sendiri taktau nak buat kaler apa nanti..Memang pening jugak la pala otak aku ni..Kalau nak diikutkan aku semua kaler aku boleh dibuat tema kecuali kaler putih la sebab putih dengan aku tak in langsung,memang tak kena..tak sesuai dengan aku.. Tapi ramai yang kata,aku sesuai dengan mana-mana kaler(kecuali putih la..).
So,bila dah ramai yang kata macam tu..aku dah mula blur.Yang lawak sekali..Tema untuk belah Incik Bachok dah dapat..Dia bagi kat aku dua kaler yang dia berkenan..Biru putih dan jugak hijau putih..

Bila dia sebut ja hijau putih..aku dah teringat bendera PAS...hahahahaha..Ni nak wat kenduri kawin ka kenduri parti politik ni..Tapi hijau kan ada macam-macam kaler lagi..mak ada bagitau aku satu hijau tu yang ia kata cantik..Tapi apa pun,aku memang tak berkenan dengan hijau putih..Jadi Incik Bachok cakap dia nak kaler biru putih..Biru apa tu taktau lagi tapi nanti boleh surver..biru gelap ka..biru terang ka..biru muda ka..Boleh cari..


Tapi belah punya kenduri ni buat aku pening..Waaa!!
Takat ni,Asyraf dengan kak Ain dah bagi cadangan..Depa kata warna Merah ok jugak..Asyraf kata merah hitam..Kak ain plak cakap merah saja..so,sekarang ni dua orang dah cadangkan kaler merah..Jadi sekrang ni warna merah dalam senarai warna yang aku akan pilih..Jadi aku try survey plak kaler lain kot-kot lagi nampak cantik ka..weee!!!