Isnin, 2 April 2012

BARANG HANTARAN : BELT DAN WALLET

Sebelum aku ada berbincang dengan Incik Bachok,kalau nak beli barang hantaran..sekurang-kurangnya sebulan sekali bila time gaji ja kami akan beli satu atau dua barang..Yela..nak beli masa time gaji la..kalau nak beli time bukan gaji..tu kira luaq biasa la noh..hahahhaha..Sebab bagi aku la..bila setiap bulan kami beli barang hantaran..tak la rasa duit tu banyak dikeluaqkan sangat kalau beli sekali gus..
Lagi pun lagi elok la tiap-tiap bulan beli barang hantaran..nampak juga barang yang dibeli dari kami berdua dari dok pikiaq duit gaji kami dok berhabis kat mana taktau..cepat kurang padahal bendanya tak nampak pun kan....paham dak maksud aku..???tak paham sudah..hahahhaha..

Untuk bulan ni..Ni la first time kami pi beli barang hantaran.Tapi Incik Bachok ja beli barang dia..sebab aku punya duit gaji dah berhabis kat Dinner yang TM buat..hahahhahahah..So,semalam..Incik Bachok just beli barang dia saja..Sebenarnya ada beberapa jenama lelaki yang aku suka kalau Incik Bachok guna atau pakai jenama tu kat badan dia..Ada beberapa la jenama macam POLO, PDI/PADINI, LARRIE, JOHN MASTER, CAMEL,CROCODILE dan ada lagi la hat lain..tapi mana aku nak ingatkan semua..aku taruk yang mana aku ingat la..yang mana jenama ni aku suka la kalau incik Bachok pakai kan..

So,bila kami nak beli Belt dan Wallet ofcoz la aku nak beli jenama seperti yang diatas (tapi duit Incik Bachok la..hahahahha) Dan kebetulan pulak kat Jusco Perda ada sale..so aku pun naik gila jugak la bila jenama-jenama diatas ni pun sale jugak..hahahahahaha..So,aku pun jadi rambang mata bila tengok..tapi rambang-rambang mata pun kami dok kira bajet jugak la..Bersesuaian dengan kami yang bukan la kaya mana,sederhana ja gaji kami.Jadi jenama mana harga dia agak berpatutan tu..memang kami nak rembat la..Dan aku rasa yang jenis gift set tu memang sesuai la untuk hantaran..Dalam kotak gift tu dah ada lengkap belt dengan Wallet..Tak payah la susah-susah nak cari belt,pastu nak cari wallet plak..beli sekali gus sedang kan...

Cari punya cari..belek punya belek..last-last kami pilih jenama LARRIE.Tak la mahal sangat kalau nak dibandingkan dengan POLO dan JOHN MASTER yang harga dia hampir RM200 tu..Fuhhh!! gila seh..bagi orang lain taktau la..tapi bagi kami tu agak mahal la..agak-agak la barang hantaran nak beli mahal-mahal..nanti dah kawin lagi banyak duit nak guna..Ingat..ingat!!

Dia punya kotak gift tu agak menarik la sebab dia buat macam bentuk almari hat ada 3 laci tu..yang laci bawah sekali dia taruk belt..laci kedua ada wallet..dan laci atas sekali ada wallet gak..tapi kecik sikit la dari wallet yang satu lagi..aku pun tak paham apa kegunaan wallet tu..nak kata untuk buh duit syiling tak jugak sebab dia punya bentuk macam wallet biasa,cuma saiz dia kecik sikit..Incik Bachok cakap Wallet ni sesuai kalau bawa pi bersukan..Aku pun taktau apa kena mengena Wallet macam tu dengan bermain sukan..macam takdak function ja pun..tapi buat apala aku nak pikiaq lebih function dia kan..rembat jela..hahahha..Dengan harga sebanyak tu..aku rasa kami dah jimat hampir RM50 jugak la sebab aku dok pikiaq bajet untuk wallet dan Belt ni mau dekat-dekat RM150 jugak la....hohoho..

So,satu barang hantaran untuk Incik Bachok dah setel..Lega la sikit hati ni sekurang-kurangnya kan..hahahahha..So bulan depan kami rasa macam nak beli sama ada minyak wangi or jam tangan pulak...huhuhuhuhu.....Dah tick ni kat buku nota barang mana yang dah beli..hahahahahahhaha!!

Tiada ulasan: