Jumaat, 27 Januari 2012

BAJU KAHWIN

Sebenarnya..setakat ni la..dalam dok pikir persiapan perkahwinan..Benda yang paling buat aku teruja sekali ialah nak pilih baju untuk kendri..hahahahhaahha..Aku pun taktau pasaipa tapi sejurus lepaih jadi tunang Ameer,aku terus teruja nak pilih baju kawin..

Sebenarnya aku dalam bab berpakaian ni aku taklah mmilih sangat,tengok cara aku berpakaian la ni pun boleh tau aku jenis hentam keromo kan..Tapi bila bab kahwin ni..Bab pemilihan baju ni aku jadi agak memilih dan agak serius sikit..Yala kan..Majlis ni seumur hidup sekali,mesti la nak perfect gila bajunya walaupun diri sediri bukan perfect mana pun..kikikiki..

Baju kahwin impian aku sebenarnya aku suka gabungan tradisional dan moden,Maksudnya disini..aku suka pada gabungan kebaya dengan gaun...Tapi bukan gabungan kebaya pendek la,Aku dengan kebaya pendek memang tak in langsung sebab badan aku dah la berisi,pakai baju pendek-pendek..dengan punggung yang besaq..nampak tak ketidak sesuaiannya di situ..hahahha...macam buah nagka pakai baju plak..weee!! Aku suka gabungan kebaya labuh digabungkan dengan gaun..Nampak macam jubah tak jubah..Ahhh..susah la nak explain..huuuu! Sebab tu la aku nak baju aku direka sendiri oleh aku dan aku orang first yang pakai baju tu nanti..hahahah..Tu pun kalau boleh la sebab bajet dia agak tinggi la kalau stail tu kan...huhuhu..

Bila nak pilih fesyen baju..ofcoz la nak kena pilih kaler kan..Dan takat ni aku memang nekad nak pilih kaler merah..Warna merah ni sebenarnya yang aku tengok mana-mana majlis yang penah aku pi..Jarang orang nak pilih kaler merah,tapi bagi aku yang pilih kaler merah ni kira berani la sebab baju kaler merah ni kalau silap gaya memang tak lawa..Kebnayakkan aku tengok orang suka pilih kaler-kaler yang selamat macam kaler biru,ungu,maroon,hijau...dan jugak gold..Tapi aku rasa aku ni jenis berani jugak la sebab pilih kaler merah..


Kaler merah ni kalau diikutkan bukan semua kaler boleh in dengan dia..Warna-warna tertentu ja yang boleh in..Tu bagi pandangan mata aku la..Taktau la kot-kot la ada kaler lain yang in dengan dia..Tapi aku ada pilih beberapa contoh la yang mana warna tu in dengan warna merah,dan aku akan pilih salah satu dari warna tu untuk dijadikan warna baju kahwin aku nanti..weee!!!




1.MERAH KESELURUHAN




Gambar di atas ni aku pau dari blog minah mana tah..Sori..Sebenranya dari pandangan mata aku,bukan semua fesyen baju kahwin yang kena bila dimerahkan keseluruhan baju tu(apa ayat aku ni) sebab aku nampak macam manik-manik apa semua tu(aku taktau la labuci ka manik ka..aku memang taktau,tapi aku panggil manik la senang) nampak macam tenggelam plak benda tu semua bila semuanya merah.Tapi bila aku belek betul-betul nampak lawa plak..Tapi waaupun lawa,nampak tak best plak kalau satu kaler plak..kena ada bagungan kaler lain baru best kan..Ceria gitu..hahahhaahha...



2.MERAH GOLD



Merah Gold adalah warna pilihan utama aku takat ni..Dan design baju kat atas ni pun memenuhi citarasa aku..Aku betoi-betoi suka bila tengok merah dijadikan warna utama kat baju ni dan warna gold tu plak dijadikan warna sampingan.Ni wat aku bersemangat nak design baju aku sendiri ni..hahahhahahahahhaha...Tu pun kalau bajet cukup la...hahhaahha..




3.MERAH HITAM


Sebenarnya tak semua orang boleh terima warna hitam digunakan sebagai warna untuk baju Kahwin.ada yang cakap warna ni bagi kita nampak gelap,ada yang kata warna hitam macam warna nak berkabung.Bagi orang tua plak,warna ni macam tak elok la..ada unsur-unsur tidak bai.Tapi bagi itu..Tu cuma warna..bukan satu benda yang boleh tentu baik tak baik satu majlis.Gabungan warna ni nampak serlah jugak asalkan warna merah dijadikan warna utama..haaaaaa!





4.MERAH PUTIH







Warna merah putih ni paling banyak dan paling ramai orang guna pakai dalam perkahwinan depa sebab ni la gabungan paling selamat sekali sebab buat la fesyen macam mana pun..still nampak cantik dan nice..Tapi oleh sebab adanya putih tu..Aku jadi tak berkenan plak sebab warna putih ni dengki sikit kat aku..bila aku pakai kaler putih ja..mesti badan aku nampak lagi besaq dari bentuk badan sebenar..Benci-benci..!! hahahahhahh..Walaupun putih tu sikit ja pun..tapi aku takmau..Tak rela nyahh!! kang nampak macam anak gajah pakai baju kahwin plak..huhuhu!!




5.MERAH HITAM GOLD





Ni adalah gabungan tiga kaler pilihan..Walaupun abah cakap gabungan warna ni huduh,tapi aku rasa cntik jugak la...Mungkin sebab design baju dia memenuhi citarasa aku..huhuhu!! Apa-apa pun kalau aku tengok warna ni macamsesuai ja..Aku gabungkan tiga warna ni la...hahahahha..Aku kan suka yang pelik-pelik..hahhaha..




Takat ni abah aku paling berkenan dengan warna merah gold..So,merah gold la pilihan aku...hehehe...

Khamis, 26 Januari 2012

WARNA BAJU

Sebenarnya..walaupun tarikh kami nak kahwin masih lagi misteri sebab atas-atas sebab dari pihak Incik Bachok yang aku rasa mungkin buat kami punya pernikahan di postpone ke awal tahun depan,tapi tema warna untuk majlis aku nanti dah jadi isu yang memang hangat la kat dalam family aku,terutama belah mak aku la.Kalah artis aih..semua orang dok soal aku tema kaler apa..

Aku sebenarnya pening jugak la..aku sendiri taktau nak buat kaler apa nanti..Memang pening jugak la pala otak aku ni..Kalau nak diikutkan aku semua kaler aku boleh dibuat tema kecuali kaler putih la sebab putih dengan aku tak in langsung,memang tak kena..tak sesuai dengan aku.. Tapi ramai yang kata,aku sesuai dengan mana-mana kaler(kecuali putih la..).
So,bila dah ramai yang kata macam tu..aku dah mula blur.Yang lawak sekali..Tema untuk belah Incik Bachok dah dapat..Dia bagi kat aku dua kaler yang dia berkenan..Biru putih dan jugak hijau putih..

Bila dia sebut ja hijau putih..aku dah teringat bendera PAS...hahahahaha..Ni nak wat kenduri kawin ka kenduri parti politik ni..Tapi hijau kan ada macam-macam kaler lagi..mak ada bagitau aku satu hijau tu yang ia kata cantik..Tapi apa pun,aku memang tak berkenan dengan hijau putih..Jadi Incik Bachok cakap dia nak kaler biru putih..Biru apa tu taktau lagi tapi nanti boleh surver..biru gelap ka..biru terang ka..biru muda ka..Boleh cari..


Tapi belah punya kenduri ni buat aku pening..Waaa!!
Takat ni,Asyraf dengan kak Ain dah bagi cadangan..Depa kata warna Merah ok jugak..Asyraf kata merah hitam..Kak ain plak cakap merah saja..so,sekarang ni dua orang dah cadangkan kaler merah..Jadi sekrang ni warna merah dalam senarai warna yang aku akan pilih..Jadi aku try survey plak kaler lain kot-kot lagi nampak cantik ka..weee!!!